126 kes kematian, tertinggi setakat ini

Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR– Malaysia mencatatkan 126 kes kematian COVID-19 hari ini sekaligus menjadikan ia kes tertinggi di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) mencatatkan kes kematian harian Covid-19 yang tertinggi tiga angka sejak pandemik ini bermula.

” Sila duduk di rumah dan amalkan kawalan dan “lockdown” kendiri, Innalillah Wainnailaihi Rojiun” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Penambahan itu menjadikan jumlah kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat kepada 2993 kes setakat ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.