Skuad K. Rajagobal tarik diri

Perlawanan Brunei menentang Timor Leste tidak diadakan ekoran keputusan tersebut

KUALA LUMPUR-Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) menarik diri daripada perlawanan pusingan kelayakan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean ( AFF )Suzuki 2020 yang dijadualkan menentang Timor Leste di Singapura pada 1 Disember ini.

Penarikan diri itu telah dimaklumkan FABD kepada AFF semalam atas alasan komplikasi dalam pasukan berikutan pandemik COVID-19.

Keputusan itu menyaksikan Timor Leste menggantikan skuad Brunei yang dipimpin Jurulatih Datuk K. Rajagobal dalam Kumpulan A.

Saingan Piala AFF Suzuki akan bermula di Singapura mulai 5 Disember depan hingga 1 Januari 2022.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.