580 kes sembuh, Kedah hanya catat tujuh kes

ALOR SETAR– Kedah mencatat tujuh kes positif COVID-19 hari ini melibatkan tiga daerah.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan, lima kes dicatatkan di Kota Setar dan satu kes masing-masing di Baling dan Kuala Muda.

Menurut info grafik jabatan tersebut, Kota Setar mencatatkan 433 kes aktif, diikuti Baling dengan 26 kes aktif dan 21 kes aktif di Sungai Petani.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 732 kes baru dicatatkan di seluruh negara hari ini.

Lapan kluster baru direkodkan iaitu Kluster Basung, Kluster Inai, Kluster Tempayan, Kluster Long, Kluster Cahaya, Kluster Bah Kota, Kluster Melati dan Kluster Bina Labuan.

Enam kes kematian turut dicatatkan pada hari ini dan satu kluster tamat (Kluster Udin).

Lapor KKM, negara pada hari ini turut mencatatkan 580 kes pulih COVID-19 serta menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 14, 931.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.