Skuad Brad Maloney jalani latihan kedua

Malaysia B-23 diundi dalam Kumpulan B Sukan SEA 2022

KUALA LUMPUR– Skuad Bawah 23 tahun (B-23) menjalani latihan kedua di Wisma FAM Kelana Jaya malam ini.

Anak buah Brad Maloney dalam persiapan menghadapi Sukan SEA 2021 di Hanoi Vietnam bermula 6 hingga 22 Mei depan.

Untuk latihan malam ini Brad Maloney belum dapat mengumpul sepenuhnya pemain yang dipanggil menyertai latihan.

Menurut FAM, para pemain dari 31 senarai pemain terpilih akan menyertai kem latihan pusat secara berperingkat selepas selesai komitmen bersama kelab masing-masing bagi saingan Liga Super 2022 dan Liga Premier 2022.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Loas, Kemboja dan Singapura.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.