ALOR SETAR-Pendapatan pembekal buah-buahan di negeri terjejas ekoran ketiadaan stok pelam, limau dan salak di Kemboja dan Thailand.
Pembekal dikenali Shafie, 40 an dari Pekan Kuala Ketil berkata, ini kerana, bulan Julai dan Ogos bukanlah musim buah-buahan di dua negara berkenaan.
Katanya, keadaan itu menyebabkan peniaga yang bergantung dengan pendapatan menjual buah-buahan terpaksa menutup sementara perniagaan.
“Kami menjual buah-buahan seperti pelam harum manis, limau, salak dan banyak lagi.
“Setakat ini bekalan utama seperti pelam, salak dan limau di Thailand dan Kemboja kehabisan,”katanya.
Katanya, perniagaannya terjejas namun suka atau tidak situasi ini terpaksa ditempuh setiap tahun.
“Memang setiap tahun pada bulan Ogos macam ini.
“Tetapi Insya ALLAH bulan September nanti stok buah-buahan akan ada seperti biasa,”katanya.
Walaupun stok buah-buahan lain seperti anggur ada, Shafie berkata, dia tidak berani menanggung risiko untuk menjual buah tersebut kerana takut busuk.
Rentas7.com
Leave a Reply