PRU-15 akan ulang skrip sama

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI – Tiada mana-mana parti akan menang majoriti untuk membentuk kerajaan pada PRU-15 ini.

Pendokong Parti Warisan Malaysia, Datuk Mustaffa Idrus berkata, skrip pertukaran kerajaan selepas PRU-14 akan berulang berikutan semua parti dilihat tidak mampu menang secara bersendirian.

“Apa yang saya nampak selepas PRU-15 ini tidaklah ada satu parti parti yang memenangi pilihan raya.

“Sebaliknya untuk menubuhkan kerajaan kemungkinan akan berlaku gabungan parti-parti untuk membentuk kerajaan,”katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata, situasi politik negara menunjukkan BN, PH mahupun PN tidak mempunyai kekuatan penuh untuk menang secara tunggal.

“Apabila semua parti tidak menang majoriti, apa yang berlaku sekarang akan terus berlaku.

“Baru kawan ini naik (perintah) dua tahun, kawan ini datang pula,”katanya.

Beliau berkata, selepas PRU-15 Perdana Menteri dilantik perlulah bebas daripada masalah intergriti.

“Tidak bolehlah bagi Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri ataupun Anwar Ibrahim mahupun Zahid Hamidi. Mereka semua ini tidak mempunyai rekod yang baik.

“Tun memang kita hormati pemerintahan selama 22 tahun, tapi sayang ketokohannya dirosakkan dalam 22bulan.

“Lebih baiklah melantik Presiden Warisan iaitu Datuk Seri Shafie Apdal jadi Perdana Menteri. Sudah tentu apdal,”katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu bertindak membuat keputusan mengundi parti warisan bagi memenangi PRU 15 akan datang.

“Inilah satu peluang rakyat mengubah nasib rakyatnya,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.