Selepas Ibu ayah meninggal, diuji pula rumah terbakar

YAN-Empat anak yatim piatu dari Kampung Setar di sini hilang kediaman selepas hangus terbakar dalam satu kejadian minggu lalu.

Simpati dan prihatin dengan nasib mereka, kumpulan motosikal tinggi FRB Sungai Petani dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah tampil menghulurkan bantuan, hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Perancangan dan Pengurusan PPD)
JPN Kedah, Ismail Othman berkata, rumah berkenaan sebelum ini didiami empat beradik tersebut bersama datuk, Shuib Puteh,71 dan nenek mereka, Saadiah Ahmad,65, sejak 2018.

“Ayah mereka meninggal disebabkan sakit diabetes, selepas tiga bulan kematian ayah mereka, ibu mereka pula meninggal dunia akibat sakit kronik,”katanya kepada Rentas7.com, hari ini.

Keadaan rumah empat beradik itu

Ismail berkata, anak sulung berusia 20 tahun mengambil upah sebagai buruh kampung bagi menampung perbelanjaan adik-adiknya bersekolah.

Ismail tiga kanan dan pasukan FRB Bikers tampil menziarahi keluarga tersebut hari ini

Muhamad Shahmi Mifzal Mohd Azhar dan Mohammad Aiman Najmi Mohd Azhar pula masih bersekolah di SMK Dulang di Tingkatan 2 dan 5.

“Manakala adik bongsu Puteri Nor Sabrina berusia 9 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Setar di Tahun 3,”katanya.

Beliau berkata, tanpa pendapatan yang stabil, Shuib yang telah dimamah usia mengambil tanggungjawab membantu keluarga menjual sayur di pasar malam manakala.

“Saadiah pula seorang suri rumah yang menjaga dan menguruskan makan minum suami dan empat beradik itu,”katanya.

Ismail berdiri lima Kanan dan ADUN Guar Chempedak Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman empat dari kiri menyampaikan sumbangan kepada Shuib

Terdahulu, Ismail dan Kelab Motosikal Tinggi FRB Sungai Petani hadir menyampaikan sumbangan amal wang tunai senyak RM1560 kepada keluarga berkenaan.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Pengurus Tenaga Nasional Negeri Kedah, Ku Abdul Razak Ku Ismail, Pengetua SMK Dulang dan Guru Besar SK Kampung Setar.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.