Salah isi borang, Terasa Kok jalani ujian saringan lagi

Terasa Kok jalani ujian saringan COVID-19 di Sabah

KUALA LUMPUR – Gara-gara salah isi borang kesihatan, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terpaksa melakukan sekali lagi ujian saringan COVID-19.

Teresa berkata, kejadian berlaku ketika beliau tiba di Sandakan Sabah pada dua hari lalu.

Menurutnya, ketika ingin keluar dari Lapangan Terbang Sandakan, pegawai kesihatan memintanya untuk pergi ke kaunter semakan COVID-19.

“Saya diberitahu bahawa saya perlu menjalani ujian Covid, kerana dalam jawapan borang kesihatan masuk ke Sabah, saya tandakan “ya” dalam soalan sama ada mempunyai simptom Covid.

“Aiduh! Pembantu saya silap semasa isi borang saya di KLIA,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Teresa berkata, ujian COVID-19 dilakukan itu ialah kali ketiga bagi dirinya tahun ini.

“Lepas itu, YB Vivian Wong, ahli parlimen Sandakan pun bawa saya ke Hospital Besar Sandakan untuk menjalani ujian Covid. Ini adalah ujian Covid yang ketiga yang saya buat tahun ini.

“45 minit kemudian, pegawai hospital panggil pembantu YB Vivian Wong bahawa ujian menunjukkan saya bebas daripada Covid. Tentulah!! buang masa saya” katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.