RON95, RON97 dan diesel turun

KUALA LUMPUR- Harga minyak bagi RON97, RON95 dan diesel turun bermula 7 Mac 2020 sehingga 13 Mac depan.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 21 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.19 seliter.

“Harga runcit petrol RON95 pula turun sebanyak 19 sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter.

“Dan harga runcit diesel turun sebanyak 17 sen seliter iaitu daripada RM2.13 seliter kepada RM1.96 seliter,”katanya.

Kementerian itu berkata, harga bagi tempoh 7 sehingga 13 Mac itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.