Gugurnya Permata Patani

PATANI- Pemergian Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani, Adul Abdul Rasheed satu kehilangan besar buat penduduk tiga wilayah konflik selatan Thailand.

Adul ditembak penyerang tidak dikenali ketika pulang ke rumah selepas selesai solat Jumaat di Kampung Laloh, Teluban pada 8 Jun lalu.

Namun, di sebalik pembunuhan tokoh agama itu, tidak ramai mengenali peribadi armarhum secara dekat.


Siapa sebenarnya individu cukup dikenali dengan panggilan Ustaz Adul itu?

Almarhum adalah seorang tokoh yang komited dalam perjuangan melebarkan syariat Islam di bumi Patani Darussalam.

Arwah begitu disenangi dan dihormati sesiapa sahaja yang mengenalinya.

Atas kebijaksaan dan kreadibiliti, beliau diamanahkan menyelia Rumah Selamat di bawah naungan Majlis Agama Islam Patani bagi kerangka proses dialog damai.

Apa yang pasti pembunuhan Ustaz Adul tidak akan membawa keuntungan kepada mana-mana pihak.

Selagi proses damai dicemari darah, selatan Thai akan terus berkonflik.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.