Masuk PAS, niat kena betul

Hassan Saad, Mansor (tengah) dan Khairil Nizam beramah mesra dalam program berkenaan

BALING– Setiap individu yang menyertai PAS perlukan memasang niat yang betul iaitu kerana ALLAH dan bukan disebabkan kepentingan lain.

Demikian kata-kata Yang Dipertua PAS Kawasan Baling, Hassan Saad dalam program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat PAS Kawasan Baling yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK) pagi tadi.

“Muslim dan muslimat kita sertai PAS, pertama sekali kita kena pasang niat elok-elok.

“Nawaitu kita kerana ALLAH, buka ada niat yang lain. jika kita pasang niat yang elok kerana ALLAH, maka ALLAH menetapkan hati kita untuk terus istiqamah walau apa pun yang terjadi kepada jemaah kita.

Jemaah PAS kyusuk mendengar amanat dan nasihat dari pimpinan

“Jika kita tidak memasang niat elok-elok, kita bimbang, takut kita gugur di pertengahan jalan,” katanya.

Menyertai PAS juga katanya, ialah untuk mengejar kebaikan kerana gerak kerja parti Islam itu merupakan ibadah kepada ALLAH.

Tegas Hassan, setiap jemaah yang berada dalam PAS juga wajib mempunyai sikap walak (patuh), tsiqah dan istiqamah.

“Segala keputusan yang dibuat oleh jemaah, kita perlu patuh sama ada kita suka atau tidak, wajib kita kena patuh.

“Jika kita rasa ragu-ragu tanyalah pimpinan kita,” katanya.

Dalam kes Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang keluar dari PAS, Hassan berkata, pemimpin itu tidak mempunyai walak terhadap kepimpinan dalam PAS.

Turut hadir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts.Khairil Nizam Khairudin, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria , ADUN Bayu, Abd Nasir Idris serta mantan ADUN Kuala Ketil, Md Zuki Yusof.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.