Malang untuk Melayu jika PH kembali kuasai Putrajaya

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Malang kepada bangsa Melayu sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali mentadbir Putrajaya.

Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, PH  mempunyai ‘dosa’ yang banyak kepada orang Melayu apabila agama Islam diperlecehkan.

“PH memberikan ruang amat besar kepada kelompok LGBT hingga kumpulan itu berani mencabar umat Islam.

“Antaranya kita boleh lihat pelantikan aktivis gay, Nu’man Afifi sebagai pegawai khas Kementerian Belia dan Sukan pada waktu itu.

“Percayalah, perkara sama akan berlaku dibawah PH. Itu belum lagi diambil kira sikap biadap pemimpin DAP yang berani memperlekehkan pasukan keselamatan negara termasuk menyertai gerakan pengganas LTTE,”katanya kepada pemberita hari ini.

Mustaffa berkata, cadangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Mei 2018 yang mencadangkan supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di negara ini dihapuskan mencadi ancaman besar terhadap orang Melayu jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mustaffa berkata, PH sudah pun diuji selama 22 bulan memerintah, sewajarnya dinilai baik semua Ahli Parlimen beragama Islam dan rakyat.

Menurutnya, parti kompenan ditunjangi DAP itu nyata gagal serba serbi pentadbiran termasuk mengatasi penularan wabak COVID-19.

“Di awal penularan wabak, PH masih membiarkan pelancong khususnya dari India dan China masuk ke negara ini.

“Ini ialah fakta yang wajib anak muda tahu. Adakah dengan PH memerintah sekali lagi perkara tersebut tidak berulang?

“Hanya yang buta perut saja akan percaya semua janji PH yang terang-terangan telah menipu pengundi dengan manifesto mereka,”katanya.

Justeru itu beliau menuntut umat Islam disaran memohon bantuan ALLAH dalam tempoh hingga empat petang esok supaya pemerintahan negara tidak jatuh kepada PH termasuk ditadbir semula oleh kumpulan kleptokrat.

“Seperti umum tahu, semua Ahli Parlimen diminta untuk menamakan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong sehinggalah jam empat petang esok.

“Seandainya negara jatuh sekali lagi kepada PH dan kumpulan kleptokrat, tiada lagi masa depan untuk Malaysia,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.