Keluarga tahanan dituduh IS mahu jumpa Tommy

KUALA LUMPUR-Keluarga Desak Sampai Mansuh (DSM) akan mengemukakan tiga tuntutan kepada Peguam Negara (AG) dalam himpunan aman pada 5 Mac depan.

Himpunan berkenaan dijadualkan pada jam 8 pagi bertempat di AG Chambers, Putrajaya.

DSM dalam satu kenyataan berkata, himpunan berkenaan bertujuan menuntut AG turut membebaskan tahanan dituduh Islamic State ( IS) sama seperti beliau membebaskan 12 individu dalam kes kumpulan pengganas, Harimau Tamil Ealam (LTTE).

“Tiga tuntutan itu ialah AG perlu menyemak semula kesemua kes mereka yang dikatakan punya kaitan dengan kumpulan IS.

“Kedua, menyemak semula untuk menggugurkan pertuduhan/pendakwaan terhadap mereka yang di tuduh IS,” katanya.

Beliau berkata, tuntutan ketiga ialah memohon Jabatan Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak menentang rayuan di Mahkamah.

Tan Sri Tommy Thomas pada 21 Februari lalu membuat keputusan di luar jangkaan apabila memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang dituduh menyokong LTTE.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.