Alor Setar zon merah, MB Kedah mohon rakyat patuhi SOP

ALOR SETAR– Kawasan Alor Setar diisytiharkan sebagai zon merah selepas kes positif COVID-19 mencecah 42 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah Tawau di Sabah turut mencecah jumlah kes yang sama menjadikan dua zon merah hari ini.

“Daerah Lahad Datu kekal sebagai zon merah dengan 87 kes.

“Kelantan, Terengganu, Labuan, Kuala Lumpur/Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Johor kekal dengan zon hijau,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata,
kuasa mengeluarkan arahan berkaitan COVID-19 tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran (TEMCO), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan sebagainya bukan bidang kuasa negeri.

“Tindakan mengisytiharkan penutupan hanya dilaksanakan oleh Menteri Kanan Keselamatan selepas membuat pertimbangan laporan hasil mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Kedah,”katanya di Facebooknya.

Sanusi berharap rakyat dapat mematuhi SOP yang ditetapkan, mengamalkan penjarakan sosial serta mengurangkan pergerakan aktiviti luar bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.