Sekat umrah satu diskriminasi

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Sekatan terhadap umat Islam bagi menunaikan ibadah umrah mulai 8 Januari ini disifatkan sebagai satu diskriminasi.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, alasan kononnya bagi mencegah risiko penularan wabak Omicron tidak wajar timbul ketika jemaah sudahpun lengkap divaksinasi termasuk menerima dos penggalak.

“Bagi kami arahan dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sangat-sangtlah mengecewakan seluruh umat Islam Malaysia.

“Sudah tentu ini satu diskriminasi kepada umat Islam Malaysia untuk ibadah ketika pintu-pintu untuk melancong ke negara lain telah terbuka,”katanya kepada pemberita hari ini.

Mustaffa berkata, arahan dikeluarkan itu berkemungkinan dijadikan sebagai satu lagi alasan kerajaan untuk mengenakan suntikan vaksin buat kali yang seterusnya kepada rakyat.

“Tidak mustahil selepas ini ada lagi suntikan vaksin yang diarahkan Khairy yang beralasan untuk lawan COVID. Hakikatnya kita ini sudah bagaikan lembu yang dicucuk hidung.

“Khairy sangat tunduk dan patuh kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hingga telah mengeluarkan pelbagai arahan yang menyakiti hati umat Islam Malaysia.

“Sebelum ini pun beliau lah yang keluaran kenyataan  untuk menyusahkan rakyat yang enggan mengambil vaksin. Sikap beliau semakin lama semakin biadap.

“Pemimpin begini perlu ditolak rakyat. Malaysia memerlukan menteri yang lebih bijak berfikir dan menyelesaikan masalah bukannya menteri yang hanya pandai mengeluarkan arahan. Menteri begini hanya bazir duit negara dan rakyat,”katanya.

Mustaffa berkata, demi keadilan, PAMM menuntut kerajaan mencari solusi yang lebih baik supaya jemaah yang telah mendapat panggilan dapat menunaikan ibadah umrah.

“Tak perlu tangguh sementara. Sedangkan pelbagai kaedah lain boleh digunakan bagi memastikan jemaah yang pulang dari mengerjakan umrah tidak menyebarkan wabak COVID-19.

“Hal begitu kita serahkan kepada kerajaan untuk berfikir. Jika itupun tidak dapat nak fikir lebih baik letak jawatan dan beri amanah sebagai pemimpin kepada orang lebih layak,”katanya.

 

RENTAS70

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.