Hukum segera Ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan bendera hitam

Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR– Ahli Parlimen Pembangkang yang berhimpun mengadakan demontrasi di Dataran Merdeka perlu dikenakan hukuman tegas termasuk penjara.

Perngerusi perhubungan Putra Negeri Kedah, Datuk Mustafa Idrus berkata, hukuman juga perlu dikenakan kepada himpunan bendera hitam oleh kumpulan tertentu.

Menurutnya, tidak masuk akal kelompok peserta demontrasi berkenaan tidak dikenakan hukuman memandangkan himpunan dilakukan dalam keadaan negara dilanda pandemik yang dasyat.

“Mereka bukan melanggar kerajaan, tetapi melanggar undang-undang. Undang-undang bukan bahan permainan. Kesemua peserta demontrasi sama ada Ahli Parlimen pembangkang termasuk kumpulan bendera hitam perlu dikenakan hukuman keras dan dipenjarakan.

“Kerajaan apa tunggu lagi? Selagi tiada tindakan, mereka akan terus berani melakukan perkara sama. Impaknya, penularan wabak COVID-19 semakin sukar dikawal,”katanya.

Mustaffa berkata, dalang himpunan juga perlu dicari segera dan dipenjarakan.

“Amat malang sekali orang Melayu terpengaruh dengan agenda kaum kuffar Yahudi dan DAP yang ingin menjadikan negara ini huru-hara.

“Lebih malang ada umat Islam yang sanggup menjadi keldai tunggangan kaum kafir dan sanggup bercakaran sesama sendiri serta mengikut sahaja telunjuk mereka dalam semua perkara ,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.