Hadi Awang hiba pemergian Mufti Perak

Almarhum Harussani Zakaria

KUALA LUMPUR-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan perasaan hibanya di atas pemergian Mufti Negeri Perak Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Harussani Zakaria.

Beliau berkata, Almarhum merupakan seorang yang sangat berjasa besar, khususnya kepada pembangunan Islam di negeri Perak sejak berkhidmat sebagai Mufti Perak selama tiga dekad bermula 1985.

Menurutnya, Almarhum turut terkenal dengan karya himpunan fatwanya yang berjudul ‘Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa) serta banyak terlibat mdalam pembentangan kertas kerja dan memberikan pandangan terhadap masalah semasa

“Rasa hiba menyelubungi diri saya, apabila dikhabarkan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria, 82 tahun kembali ke rahmatullah pada jam 2:45 petang tadi.
.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum matas ujian duka ini, semoga bersabar dan redha atas ketentuan Allah SWT ini,” katanya.

Beliau menyeru umat Islam berdoa agar Allah SWT menerima segala amal soleh, mengampunkan segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan para solihin.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan penyakit COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.