NARATHIWAT– Tak Bai bergegar selepas Pos Thai Marine Police diserang kumpulan pejuang kemerdekaan pada jam 9 malam tadi ( waktu tempatan).
Serangan mengakibatkan tiga anggota keselamatan parah itu berlegar di media sosial sejak malam tadi.
Mangsa cedera dikenali sebagai Jeneral Sulaiman Yuzo,23, Opas Saensom,33, dan Lt. Kol. Ekwat Ketdueng berusia 41 tahun telah dihantar dan menerima rawatan di Hospital Tak Bai.
Serangan itu adalah kali pertama dalam 40 hari selepas rundingan damai diantara kumpulan kemerdekaan dan kerajaan Thailand tamat.
Rundingan dinamakan Inisiatif Damai Ramadan itu dibuat bagi mengurangkan tindakan militer di antara kedua-dua pihak.
Teras utama kepada persetujuan kepada perjanjian mewujudkan suasana damai dan makmur bagi komuniti Patani serta membina kepercayaan di antara kedua-dua pihak mewujudkan keamanan.
Pada bulan Ramadan lalu, kumpulan kemerdekaan menyifatkan tentera melanggar perjanjian apabila menembak dua guru agama dengan salah seorang maut dan seorang lagi parah.
Serangan terbaru di Tak Bai itu dilihat lebih kepada melemahkan moral angkatan tentera kerajaan dalam usaha kumpulan kemerdekaan menuntut kemerdekaan penuh Patani Darussalam.
RENTAS7/ FOTO: Wartani








Leave a Reply