KUALA LUMPUR-Filem komedi, Mael Totey The Movie mencatatkan kutipan RM2.56 juta walaupun baru empat hari tayangan di Astro First. Pengarahnya Syahmi Sazli merakamkan terima kasih kepada semua yang menyokong filem pertamanya itu. "ALLAHUAKBAR. "Speechless". Kutipan 4 hari tayangan. Terima kasih buat semua yg setia menyokong. " Teruskan melanggan MTTM di Astro First saluran 480. Astro Njoi & Astro Go pun ...

BALING- Seorang anak menangguh pengajian selama setahun demi menjaga ayah yang sakit terlantar akibat strok. Muhd Azizi Mohamed Zulkifli, 23, dari Kampung Banggol Berangan berkata, dia terpaksa menangguh pengajian di sebuah pondok di Kelantan. Menurutnya, tanggungjawab itu dipikul selepas ibu Nurul Atikah Chooi Abdulllah,43,dan abangnya mengambil alih tugas ayah bagi menyara keluarga dengan menjual ikan. "Ayah (Mohamed Zulkifli Mohammed Daud ...

KUPANG - Lima beranak di Kampung Bukit Hijau sering menjadi mangsa banjir kilat setiap kali hujan lebat. Ketua keluarga Roslan Md Zain, 40, berkata, bulan ini sahaja sudah empat kali rumahnya dilanda banjir kilat. Beliau tinggal bersama isteri dan tiga anak berusia 3, 9 dan 12 tahun. "Kejadian terbaru pada 12 September lalu mengakibatkan banyak barangan tidak dapat diselamatkan dengan ...

BALING - Seramai 30 Orang Asli dari Kampung Lubok Legong menerima sumbangan pakaian terpakai hari ini. Sumbangan itu disampaikan Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (Perkeba). Yang Dipertua Perkeba, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, program itu sebagai salah satu komitmen Perkeba membantu masyarakat Orang Asli. "Pakaian terpakai ini, hasil sumbangan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Daun Tengah, Kota Sarang Semut Alor ...

BALING- Enggan mensia-siakan waktu terluang, seorang penduduk yang sebelum ini tiada pekerjaan tetap kini bergelar penternak udang kara air tawar. Mohd Zuki Awang,48, dari Kampung Ulu Tawar Tengah berkata, udang kara atau dikenali udang lobter mula diternak pada 2017 dengan modal permulaan sebanyak RM 14,000 Menurutnya, jumlah modal itu merangkumi penyediaan tujuh kolam fiber, paip, telaga air bawah tanah termasuk ...

KUALA KETIL- Warga emas adalah antara golongan yang sentiasa diberi perhatian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria. Setiap minggu walaupun sibuk, beliau akan menziarahi penduduk di kawasannya bagi melihat keperluan mereka. Setiausaha Surau Al Barakah Kampung Tembak B, Mohd Ilyas Salleh berkata, baru-baru ini kampungnya dikunjungi Mansor. Menurutnya, pemimpin yang juga veteran Angkatan Tentera ...

ALOR SETAR- Longkang yang dibiarkan tanpa penutup mengundang bahaya kepada orang ramai. Longkang berkenaan terletak berhampiran kawasan parkir kenderaan awam dan berhadapan Wisma Darul Aman. Tinjauan mendapati penutupnya telah patah dan terjatuh ke dalam longkang berkenaan. Kawasan itu dilihat menjadi laluan orang ramai baik kakitangan atau orang awam yang mempunyai urusan di Wisma. Lelaki ingin dikenali Mustafa, 35, berkata, dia ...

BALING - Seorang wanita muda tabah memelihara dua anak masih kecil sekalipun hidup tanpa suami yang meninggal dunia enam tahun lalu. Nur Shahidatul Nayan,28, dari Kampung Charok Bemban memelihara Muhamad Syahmi Mohamad Sabri dan Muhamad Naqiuddin Afiq Mohamad Sabri berusia lapan dan lima tahun. Wanita cekal ini juga memelihara ibunya Siti Maryam Ishak. "Suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ...

BALING - Aset Skuad Bencana Jabatan Amal Baling (JAB) ditambah dalam usaha melancarkan lagi misi bantuannya. Skuad JAB menerima sumbangan dalam bentuk peralatan bernilai RM3,000 daripada Exco Agama, Brigadier Jeneral (b) Datuk Najmi Ahmad, baru-baru ini. Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Doktrin Jabatan Amal Baling, Nazir Ibrahim berkata, peralatan berkenaan akan digunakan terutama dalam misi melibatkan banjir kilat dan ribut di ...

KUPANG-Seorang lelaki terkejut apabila bahagian daging korbannya yang diterimanya tertera tulisan menyerupai kalimah ALLAH dan Muhammad S.A.W. Kejadian yang membuktikan salah satu kebesaran ALLAH itu berlaku pada hari pertama Raya Aidiladha di Kampung Kejai dekat sini. Penduduk, Muhammad Sufiri Yahya,55 berkata, penerima daging korban berkenaan ialah sepupunya sendiri, Rashid Che Me,54. "Kalimah ALLAH dan Muhammad itu amat jelas kelihatan di ...