KUPANG-Seorang lelaki ditemui meninggal dunia ketika sedang tidur oleh isterinya pada Jumaat lalu. Lelaki itu dikenali sebagai Marzuki Ibrahim, 57, dari Kampung Kelian. Jiran, Ibrahim Md Idris,61, berkata, si mati mempunyai sejarah penyakit jantung dan akan jalani rawatan di hospital pada hari ini. "Jiran terdekat di situ maklumkan pada saya jam 7 pagi. Kami difahamkan Allahyarham meninggal dunia sekitar jam ...

GURUN-Bagi anda yang berkunjung ke Gunung Jerai, pastikan anda sampai ke Padang Tok Syeikh. Kunjungan anda tidak akan lengkap sekiranya tidak menjejaki ke sini. Tok Syeik atau nama sebenarnya Syeikh Abdullah Al Qumairi merupakan pendakwah dari tanah Arab. Beliau merupakan individu penting mengIslamkan Sultan Kedah ke-9, Sultan Muzaffar Shah pada 1136 Masihi. Menerusi maklumat papan tanda disediakan Urusetia Jawatankuasa Promosi ...

BALING - Sebanyak 303 buah rumah membabitkan 23 kampung dalam DUN Kupang terjejas ekoran banjir kilat yang melanda di kawasan itu malam tadi. Ia melibatkan 20 buah rumah di Kampung Teluk Merubi, Kampung Charok Kangar (12), Kampung Tanjung (13 Buah), Kampung Jerai (4), Kampung Pisang (3), Kampung Padang Lengkuas (5), Kampung Tiak (3), Kampung Kemangi (5) dan Kampung Padang Dan ...

BALING- Gugur air mata Pak Ya ketika menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan yang membantu keluarganya membina sebuah rumah baharu. Pak Ya atau nama sebenar Yahaya Teh,71, dari Kampung Padang Rambong berkata, rumah itu dibina bagi menggantikan rumah lama yang daif dan uzur. Katanya, sebelum ini rumah berkenaan hanya diperbaiki sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kewangan yang ada. "Rumah ...

BALING- Banjir kilat melanda beberapa buah kampung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang malam tadi. Lebih 20 rumah terjejas dalam kejadian berkenaan. Antaranya ialah Kampung Siputih, Kampung Jernang, Kampung Air Kepar dan, Kampung Ulu Tawar dan Kampung Malau. Penduduk, Nurul Huda Abdul Syukur, 40, dari Kampung Ulu Tawar berkata, kampungnya dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama sejam pada ...

KUPANG- Enam buah rumah rosak teruk dipukul ribut dalam kejadian di sini kira-kira 3.30 petang semalam. Tiga daripada rumah berkenaan dihempap pokok tumbang, bagaimanapun Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku. Salah seorang mangsa, Harnita Jamu, 43, dari Kampung Ketemba Kememeh berkata, bumbung utama utama hadapan rumahnya rosak akibat ditimpa pokok cempedak. "Kejadian itu mengakibatkan ...

BALING- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Demikian nasib menimpa pasangan suami isteri di Kampung Bukit Tok Taha di sini apabila salah seoarangnya terlantar sakit. Pegawai Khas II Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Hassan Saad berkata, Jamil Yok, 62, diserang strok sejak 13 tahun lalu. "Jamal telah menderita penyakit strok sejak sekian lama. Namun, empat tahun kebelakangan ...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa terharu dengan semangat perpaduan rakyat Malaysia sekaligus membantu kerajaan mengawal wabak COVID-19. "Alhamdulillah, saya amat terharu dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat. "Perpaduan rakyat banyak membantu kerajaan mengurus wabak itu dengan berkesan,"katanya dalam satu hantaran di Facebooknya malam ini. Muhyiddin berkata, beliau yakin bahawa negara akan berjaya mengatasi ...

BALING- Masih belum mempunyai MyKad sekalipun usianya telah menjangkau 13 tahun ini. Nor Asyikin Abd Rahman yang juga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang kini runsing memikirkan masa depannya. Masalah itu timbul apabila kesukaran mendapatkan pengesahan waris akibat penceraian kedua orang tuanya. "Saya harap dapat memiliki MyKad demi masa depan diri saya terutama untuk mengambil peperiksaan Sijil ...

KUALA KETIL- Penduduk memohon pondok hentian bas (gambar) di Kampung Tembak B yang roboh akibat dilanggar kenderaan kira-kira lima bulan lalu diperbaiki segera. Wakil penduduk, Ilyas Salleh,59, berkata, ketiadaan pondok tersebut menyebabkan penumpang bas tiada tempat untuk berteduh dan menunggu bas. Menurutnya, majoriti penumpang bas terdiri daripada murid dan pelajar sekolah serta orang awam yang ingin ke tempat kerja. "Pondok ...