MANILA- Impian skuad B-22 Indonesia membawa pulang pingat emas musnah apabila kecundang 3-0 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA di Stadium Rizal Memorial Filipina, sebentar tadi. Bermain di pentas akhir menyaksikan Indonesia bolos dengan jaringan Van Hau Doan minit ke-39 dan Hung Dung Do minit ke-59. Van Hau Doan sekali lagi merobek gawang lawan pada minit ...

KUALA LUMPUR- Malaysia B-22 gagal ke separuh akhir Sukan SEA apabila tewas 3-1 kepada Kemboja 3-1 di Stadium Memorial Rizal Filipina, petang ini. Keputusan itu menyaksikan anak buah Datuk Ong Kim Swee sekadar menduduki tempat keempat Kumpulan A mengatasi Timor Leste yang berada kedudukan tercorot. Kemboja yang mengumpul 7 mata mengiringi Myanmar selaku naib juara kumpulan. Kedua-dua pasukan saling mengasak ...

KUALA LUMPUR- Malaysia B-22 mengutip tiga mata berharga bagi memburu tiket ke separuh akhir walaupun kelebihan mengisi slot tersebut tampak lebih memihak kepada tuan rumah Filipina. Anak buah Datuk Ong Kim Swee meraih kemenangan pertama hasil kemenangan 4-0 ke atas Timor Leste bagi aksi ketiga Sukan SEA Kumpulan A di Stadium Memorial Rizal, Filipina malam ini. Perlawanan ketiga ini juga menyaksikan ...

KUALA LUMPUR- Skuad B-22 negara tewas 1-0 kepada tuan rumah Filipina bagi aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Memorial Rizal, sebentar tadi. Sejak minit pertama permainan, anak buah Datuk Ong Kim Swee dilihat bergelut bermain di atas padang rumput tiruan. Berbanding pasukan tuan rumah, bermain di atas rumput tiruan ternyata memberikan kelebihan kepada mereka apabila lebih selesa mengawal ...

KUALA LUMPUR- Malaysia B-22 gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 menentang Myanmar 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Memorial Rizal Filipina, petang ini. Myanmar yang bermain corak serangan pantas mengejutkan skuad negara pada minit ke-12 hasil jaringan Soe Moe Kyaw. Tersentak jaringan itu anak buah Ong Kim Swee memperkemaskan permainan dan hasilnya Hady ...

JAKARTA- Malaysia B-18 mara ke pentas akhir kejohanan Asian School Football U-18 selepas menewaskan tuan rumah Indonesia 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Balikpapan malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Malaysia bertemu Thailand bagi penentuan juara. Dalam aksi sengit itu, Indonesia B-18 terlebih dahulu menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, kegagalan menyempurnakan sepakan penalti menyebabkan tuan rumah terpaksa akur ...

KUALA LUMPUR- Anak buah Datuk Ong Kim Swee mampu memberikan cabaran di Sukan SEA 2019 di Filipina. Keyakinan itu dilontarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berdasarkan prestasi anak buah Kim Swee. Hamidin berkata, skuad B-22 negara mampu menempa kejayaan dan beliau yakin dengan kemampuan para pemain. "Ini juga membuka peluang kepada setiap pemain untuk membuktikan ...

KUALA LUMPUR- Hajat Indonesia untuk membalas dendam ke atas Malaysia tidak kesampaian apabila tewas 2-0 kepada Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Asia 2023 Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Pada perlawanan 5 September lalu, Harimau Malaya membenam Sang Garuda 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno. Malaysia memperolehi gol tunggal pada separuh masa pertama melalui sepakan ...

KUALA LUMPUR - Bekas pengadil Piala Dunia 2018 Alireza Faghani (gambar) dipilih menjadi pengadil bagi pertemuan Malaysia menentang Indonesia bagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Pengadil dari Iran itu dipilih FIFA bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Asia 2023 Kumpulan G. Liputan6 memetik media Iran, Mehrnews, Alireza akan dibantu Mohammadreza Mansouri, Mohammadreza Abolfazli, dan Mo'ud Bonyadifar yang juga berasal dari ...

KUALA LUMPUR- Indonesia sah menggunakan jurulatih baru bagi menghadapi Malaysia pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Asia Kumpulan G di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini. Media Indonesia melaporkan, Simon McMenemy digantikan dengan jurulatih baru, Yeyen Tumena (gambar) walaupun anak kelahiran Scotland itu turut bersama pasukan Indonesia di Kuala Lumpur. Yeyen Tumena berusia 43 dan berasal Sumatera Barat dilaporkan akan dibantu ...