ALOR SETAR-  Sebahagian daripada Penyokong BN yang mengiringi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendengar keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam datang dari Kedah. Menurut sumber, para penyokong itu dibawa menggunakan enam buah bas dengan dua daripadanya dari Baling. "Antara penyokong UMNO Baling yang ke sana ialah dari Kampung Lalang dan beberapa lagi kampung di sekitar Siong. "Kita ...

BALING - Kerajaan negeri memberi jaminan operasi kuari batu kapur di Gunung Pulai tidak akan dilaksanakan. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri mempunyai beberapa opsyen pembatalan kuari kepada Yayasan Islam Kedah (YIK). Menurutnya, walaupun YIK telah membuat pengambilan jalan kuari, namun tanah berkenaan menjadi milik kerajaan. Katanya, antara opsyen yang ada ialah mencadangkan pemindahan operasi kuari ...

KUALA LUMPUR- PAS yakin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapat keadilan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "PAS yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya,"katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes rasuah tinggi. Beliau berkata, PAS mengambil sikap ...

KUALA LUMPUR-Ribuan penyokong yang berarak mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Mahkamah Tinggi hari ini dibimbangi boleh mencetuskan kluster terbaru. Mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila berhimpun dalam keadaan bersesak. Tinjauan di media sosial, netizen menuntut hukuman terhadap penyokong Najib yang tidak mematuhi SOP. Jeffery Lah berkata, mereka yang hadir ...

BALING- Pembukaan semula premis kedai makan diusahakan rakyat Thailand di negeri ini menjadi tanda tanya di sebalik pintu sempadan Malaysia-Thailand yang masih ditutup kepada umum. Tinjauan mendapati sudah ada kedai makan diusahakan rakyat Thai kembali beroperasi dalam negeri ini sedangkan ia ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Di tengah-tengah kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kes ...

KUALA LUMPUR- Sabah merekodkan jumlah kadar pengangguran 'menakutkan' walaupun ia sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, lebih 100,000 rakyat Sabah kini mengangur. Justeru beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berkata, semua pihak perlu berhenti berpolitik sebaliknya memberikan keutamaan membela rakyat. Menurutnya, Sabah masih lagi negeri termiskin walaupun ia negeri yang ...

SUNGAI PETANI-Pihak berkuasa agama digesa menyiasat segera Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau Mat Sabu susulan kenyataannya berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) Datuk Mustaffa Idrus berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan. "Ucapannya menyakitkan hati umat Islam. PAMM melihat kenyataan dikeluarkan Mohamad Sabu sebagai satu kenyataan ...

KUALA LUMPUR-Mohamad Sabu memberikan contoh yang salah dalam Dewan Rakyat apabila menyatakan Jaafar Bin Abi Talib sebagai bapa saudara Nabi Muhammad. Mohamad menyebut perkara itu ketika mempertahankan pelarian dalam perbahasan di Parlimen hari ini. Antara yang disebut Mohamad ialah pelarian tidak wajar dihina bahkan Islam ditegak oleh pelarian itu sendiri. Kata Ahli Parlimen Kota Raja itu, pelarian mempunyai pelbagai kategori ...

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu membuat ketegasan dalam Persidangan Parlimen hari ini bahawa setiap pelarian tidak wajar dihina. Beliau berkata, setiap pelarian mempunyai kategori-kategori tertentu. “Pelarian ini kita perlu jaga, kategori-kategori pelarian itu. Jangan dianggap kita ini lupa sejarah. "Jangan kita dianggap bahawa kita lupa, Islam itu ditegakkan oleh para pelarian khasnya Nabi Muhammad S.A.W,” katanya ketika ...

BALING- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad melahirkan kebimbangan dengan tahap banjir kilat di Kupang. Menyifatkan semakin buruk, Najmi mendakwa ia berpunca daripada penggondolan hutan di Gunung Inas bagi projek durian musang king. "Banjir kebelakangan ini ada kelainan, dahulu jika hujan lebat, kenaikan air banjir memakan masa. "Tapi sekarang ini apabila hujan lebat, ia ...