PUTRAJAYA-Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Sri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Khas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bagi membincangkan status kemajuan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. JKKAV dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat JKJAV sebulat memutuskan bahawa pemberian vaksin fasa pertama ini diutamakan kepada petugas barisan hadapan. ...
KOTA KINABALU- Penempatan setinggan pendatang asing tanpa izin (PATI) diserbu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah pada 27 Februari lalu. Operasi Bersepadu disertai pelbagai agensi penguatkuasaan Persekutuan dan negeri membabitkan 117 pegawai itu diketuai Ketua Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (KTPP) Hasmayati Massa dan Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Razman Manap. Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhammad Safe Mohamad Amin berkata, ...
KUALA LUMPUR- Sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin berkurangan apabila dua Ahli Parlimen daripada komponen parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau pada hari ini menerima akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon. "Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua ...
LABUAN-Dua buah kapal nelayan pukat tunda yang melanggar syarat sah lesen menangkap ikan di tahan dalam Op Benteng COVID-19 Pasukan Polis Marin (PPM) semalam. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM WP Labuan, Asisten Superintendan Saidul Maruf Rosli berkata, dua buah kapal itu ditahan di di kawasan laut Tanjung Kubung, Labuan pada jam 4.30 petang oleh bot PPM yang sedang melakukan rondaan. ...
LUMUT- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot Indonesia selepas menceroboh perairan negara bagi aktiviti menangkap ikan. Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan 32.1 batu nautika barat laut Pulau Jarak, pagi tadi. "Bot tersebut dinaiki empat kru termasuk tekong warga Indonesia berusia 20 hingga 60 tahun. "Bot berkenaan dikesan ...
KUALA LUMPUR- Sebuah badan berwibawa perlu menilai keperluan bagi memastikan pengurusan yang seragam dilaksanakan bagi mengawal pos kawalan sempadan COVID-19 untuk membuka semula sempadan negara. Sekiranya pas perjalanan kesihatan digital oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dilaksanakan, ia perlu diperakui oleh semua negara di seluruh dunia. Ini memudahkan pengguna mengikuti peraturan yang sama di setiap negara serta melalui prosedur kuarantin ...
KUALA LUMPUR-Hospital Tunku Azizah (HTA) memaklumkan kesilapan fakta berkaitan laporan Harian Metro bertajuk 'Bantulah Omar' yang disiarkan Harian Metro pada 24 Februari 2021. Pengarah HTA, Dr Shamsul Anuar Kamarudin berkata, kesilapan laporan berkenaan adalah berkaitan pesakit. "Hospital Tunku Azizah (HTA) ingin merujuk kepada laporan berita yang telah disiarkan oleh Harian Metro bertarikh 24 Februari 2021, bertajuk "Bantulah Umar" di halaman ...
PERMATANG PAUH-Galeri Pejuang yang dibina bagi memperingati perjuangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cherok Tok Kun di sini berada dalam keadaan terbiar . Salah seorang penduduk setempat yang enggan dikenali memaklumkan, bangunan berkenaan sudah lama dibiarkan tidak terurus. "Bangunan ini bagi memperingati Anwar Ibrahim yang dipenjarakan pada zaman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. "Tapi beberapa tahun kebelakangan ...
KUBANG PASU- Sudahlah tinggal secara haram, masih lagi berani melakukan aktiviti menyalahi undang-undang Itulah yang dilakukan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyeludup 21 guni daun ketum seberat 923 kilogram (kg) ke Thailand. Tindakan kesemua PATI itu bagaimanapun dihidu dan dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), semalam. Sel Perhubungan Raya, Divisyen Kedua ...
PUTRAJAYA– Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal YB Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 8 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju supaya Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 19 Februari hingga 4 Mac 2021. Kerajaan bersetuju pembukaan RIBI semasa tempoh ...













