Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL- Aktiviti BBQ oleh PAS Kampung Tembak B pada petang tadi bagaikan meraikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) Parlimen Baling. Program berkenaan sebanyak 25 ekor ayam bersalut rempah dibakar dan dimakan bersama nasi beriani dengan penduduk kampung. Lebih 100 orang hadir dengan kebanyakan adalah anak muda. Ia dimasak di Dewan Surau Al Barakah dan jamuan pula ...

  Laporan: Elyas Salleh KUALA KETIL- Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Haji Isahak Murat mengadakan lawatan ke DUN Kuala Ketil siang tadi. Lawatan itu bagi meninjau jalan sekolah agama akan dinaiktaraf menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Ia termasuk dalam usaha menjayakan gagasan kerajaan negeri iaitu Cordoba Of Kedah (CoK). Antara jalan ditinjau ialah Pondok Ustaz Bakar Parit Panjang, Jalan Madrasah ...

KUALA KETIL-Sebanyak 200 bendera Perikatan Nasional (PN) dan PAS dipacak dan dipasang di sekitar Kampung Tembak B di sini, malam ini. Kerja-kerja itu dilakukan oleh lebih 40 orang belia, sebagai satu usaha memastikan PN menang di Baling. Bagi menghargai usaha itu, sekawah mi segera dimasak oleh penduduk Kampung Tembak B kepada mereka. PN dilaporkan mengalami fanomena di Baling ekoran calon ...

Niat murni membantu ramai pesakit dengan kaedah perubatan Islam telah menjentik hati sekumpulan lelaki untuk berganding bahu di bawah satu bumbung. Maka dari situ, lahirlah Pusat Rawatan Al Mashood yang dibuka di Taman Chempedak Indah Guar Cempedak Kedah. Diterajui oleh empat perawat utama daripada tujuh keseluruhanya, Pusat Rawatan Al Mashood telah membantu ramai pesakit untuk sembuh khususnya daripada gangguan sihir ...

BALING -Perikatan Nasional (PN) Baling mencatat kemenangan moral menjelang PRU-15 apabila mencatat kehadiran hampir 3000 penyokong pada hari penamaan calon PRU-15 di Stadium Mini Baling, hari ini. Para penyokong PAS berkumpul pada jam 7 pagi di pekarangan KFC sebelum berarak masuk ke stadium pada jam 8.30 pagi. Calon parti itu, Hassan Saad memasuki Dewan Tun Abdul Razak kita bersama beberapa ...

KUALA LUMPUR -RENTAS7 sedang dalam proses evolusi ke arah media alternatif lebih berdaya saing menjelang tahun 2023. Pengurusan RENTAS7 dalam satu kenyataan berkata, RENTAS7 kekal sebagai media alternatif kepada rakyat dalam mendapatkan maklumat merangkumi pelbagai aspek. "Pihak RENTAS7 sedang melakukan revolusi pengurusan dan media. "Kita mahu menjadi media yang lebih agresif bertunjang kebenaran serta neutral menjelang tahun depan,"katanya hari ini. ...

ALOR SETAR- Parti Warisan Negeri Kedah mengesahkan akan bertanding di lima kerusi Parlimen Negeri Kedah. Parti Warisan mensasarkan untuk menawan kesemua kerusi berkenaan dalam usaha mereka mengukuhkan kedudukan dalam membentuk kerajaan Pusat. Ketua Biro perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia kali pertama dalam sejarah apabila Warisan bertanding di Semenanjung termasuk Kedah. "Kita belum pernah bertanding ...

BALING -Bendera Perikatan Nasional (PN) teguh dipacak golongan muda di daerah ini, serentak dengan nama calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Baling diumumkan malam tadi. Aura calon PN, Ustaz Hassan Saad (gambar) yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Baling ternyata menaikkan semangat golongan muda menyumbang keringat dengan memasang bendera di sepanjang jalan raya dan kampung. Antaranya ialah di kawasan Pekan ...

POKOK SENA-Bilik Gerakan P008 Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah selamat dari terbakar selepas sebuah gerai roti canai bersebelahannya mengalami kebakaran. Kejadian berlaku pada jam 7.40 pagi tadi dengan api dapat dikawal oleh pasukan bomba daripada terus merebak. Ketua Wanita Parlimen Pokok Sena Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah, Noraini Md Salleh (gambar kecil) berkata, bilik gerakan hanya terkena sedikit tempias daripada ...

  Laporan wartawan edisi Baling: Ilyas Salleh KUALA KETIL-Ingatan dan kasih sayang kepada Baginda Rasulullah S.A.W dizahirkan ratusan penduduk Kariah Kampung Tembak dengan berselawat dan marhaban pada perarakan Maulidur Rasul semalam. Perarakan kira-kira 50 meter itu bermula dari Pejabat Penghulu Kampung Tembak A dan berakhir di Balai Islam Kariah Kampung Tembak. Ia disertai muslimin dan muslimat termasuk kanak-kanak. Sepanjang perarakan, ...