ESSEX- Sebanyak 39 mayat ditemukan Polis Britain dalam sebuah lori kontena dipercayai dari Bulgaria lapor media antarabangsa hari ini. Semua mayat itu ditemukan di kawasan industri di Grays Timur London. Kompas memetik AFP melaporkan, siasatan awal polis menunjukkan 38 mayat itu dari jasad orang dewasa dan seorang remaja. Susulan itu, polis menahan seorang pemandu trak kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan. ...

INDONESIA-Seekor ikan yang mempunyai beberapa tulisan di badan, menggemparkan masyarakat di Dusun Tanah Goyang wilayah Maluku di sini, hari ini. Memetik Kompas, ikan aneh itu ditemui nelayan setelah jaring di dalam laut dinaikkan ke atas kapal. Beberapa tulisan sukar difahami terdapat pada ikan spesies karang itu, tetapi antara yang jelas ialah perkataan "Ambon". "Ikan itu ditemukan di jaring bobo pagi ...

BANDAR LAMPUNG, INDONESIA- Seorang anak hanya mampu menangis dan menjerit meminta tolong saat melihat kenderaan dinaiki ibu bapa, adik dan kakak sepupu mereka terbakar akibat kemalangan. Insiden menyayat hati itu berlaku di Jalan Tol Sumatra ruas Bakauheni- Terbanggi Besar, Kilometer 96, di Desa Candimas, Natar, Lampung Selatan, hari ini Tangisan menyanyat hati itu pastinya menyentuh hati siapa sahaja apatah lagi ...

BANDAR LAMPUNG, INDONESIA- Sepasang suami isteri bersama seorang anak dan saudara mereka maut setelah kereta dinaiki terbabit kemalangan dan terbakar, hari ini. Kejadian pada pagi berlaku di Jalan Tol Sumatra ruas Bakauheni- Terbanggi Besar, Kilometer 96, di Desa Candimas, Natar, Lampung Selatan. Dalam kejadian itu, dua lagi anak kecil kepada pasangan terbabit cedera. Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis ...

JALALABAD- Sekurang-kurangnya 28 maut dan puluhan cedera dalam satu serangan bom di sebuah masjid di Afghanistan ketika jemaah sedang nenunaikan solat Jumaat, semalam. Kompas memetik AFP melaporkan, bom berkenaan meletup di sebuah masjid di bahagian kota Haska Mina kira-kira 50 kilometer dari ibu kota wilayah Nangarhar. Juru cakap Gabenor wilayah, Attaullah Khogyani berkata, serangan itu turut menyebabkan masjid mengalami kerosakan ...

INDONESIA- Anggota polis di Kediri Jawa Timur tidak dibenarkan memelihara jambang dan misai, mereka akan dikenakan hukuman jika berbuat demikian. Memetik Kompas, larangan itu dinyatakan oleh Ajun Komisaris Besar( Timbalan Ketua Polis Republik Indonesia), Roni Faisal pada 14 Oktober lalu. Larangan itu bertujuan meningkatkan tahap keselesaan masyarakat kepada polis. Roni juga menuntut anggota polis sentiasa tampil kemas dalam berseragam. Rentas7.com ...

INDONESIA- Seorang pelajar berusia 14 tahun ditemukan tergantung dalam rumahnya di Kelurahan Oebufu, Kecamatan Oebobo, Kota Kupang, semalam. Mayat pelajar itu ditemukan jiran, polis Indonesia mendakwa punca kematiannya kerana gagal membunuh ayah sendiri. Menurut media negara itu, punca sebenar kes tersebut terjawab selepas polis menemui buku tulis yang mengandungi luahan hati mangsa. Ketua Polis Eobobo Kompol Ketut Saba berkata, mangsa ...

INDONESIA- Seramai 22 individu disyaki pengganas ditahan pasukan keselamatan Indonesia di beberapa daerah negara ini. Jumlah terkini itu merupakan tangkapan yang dibuat sejak 10 Oktober lalu hingga hari ini. Ia susulan insiden menimpa Menteri Koordinator Politik Hukum dan keamanan, Wiranto yang diserang dua individu ketika melakukan Kunjungan di wilayah Menes Pandeglang, Banten pada 10 Oktober lalu. Memetik Kompas.com, semua suspek ...

INDONESIA- Seorang penunggang Ojek Online (Ojol) di sini meninggal dunia dalam keadaan terduduk di atas motosikal. Wanita itu menurut laporan Dream masih memakai jaket dan tiba-tiba sahaja terkulai lemah sebelum didapati tidak lagi bernafas. Persitiwa itu dimuatnaik di akaun Instagram@newdramaojol.id sebelum tersebar luas di media sosial. Memetik status dimuatnaik itu, penunggang berkenaan dikatakan berasal dari Magelang, Jawa Tengah. Admin Instagram ...

INDIA- Seorang dukun melakukan kaedah perubatan pelik terhadap bayi lelaki berusia dua hari apabila memaksanya berjalan! Berdasarkan laporan NDTV yang dipetik Dream, kejadian tersebut berlaku di Assam Morigaon . Bayi masih lagi berwarna kemerahan itu  didakwa mengalami demam selepas bersalin. Khuatir dengan keadaan menimpa anak mereka, ibu bapa bayi malang tersebut memanggil dukun berusia 50 tahun dan dikenali "doktor" di desa ...