Tiga mati dibunuh penyerang berpisau

Polis Perancis mengawal lokasi kejadian

KUALA LUMPUR– Seorang lelaki bersenjatakan pisau membunuh tiga orang termasuk wanita di sebuah gareja di Kota Nice di Mediterania Perancis, pada Khamis (29 Oktober).

Beberapa individu lain dikatakan mengalami kecederaan.

Ia serangan ketiga dalam dua bulan terakhir di Perancis lapor Kompas.

Penyerang ditembak pihak polis dan berjaya ditahan.

Kompas memetik Reuters melaporkan penyerang yang cedera dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Rentas7/ Foto: Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.