Malaysia B23 mudah ke separuh akhir

KUALA LUMPUR– Skuad B- 23 tahun negara dijangka mudah untuk layak ke separuh akhir dalam Sukan Sea di Filipina Disember depan.

Anak didik Ong Kim Swee dilihat tidak berdepan masalah untuk layak selepas keputusan undian peringkat dikeluarkan hari ini memihak kepada Malaysia.

Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A tidak akan bertemu pasukan gergasi seperti Thailand dan Vietnam.

Keputusan undian bola sepak Sukan Sea 2019 

Dalam kumpulan dianggap mudah itu, Malaysia dijadual bertemu tuan rumah, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Bagi kumpulan B, seteru utama skuad negara, Indonesia berdepan laluan liku apabila diundi bersama Thailand, Vietnam, Singapura, Brunei dan Loas.

Hanya Brunei pencabar lemah dalam Kumpulan B berbanding Loas yang telah menunjukkan kematangan dalam bola sepak manakala Singapura B-23 agak liat ditumbangkan.

Begitupun bagi aksi Kumpulan A, anak buah Ong Kim Swee perlu mengasah jentera serangan sekiranya enggan dikecewakan.

Ini kerana, pasukan seperti Timor Leste dan Kemboja diramal mengamalkan corak bertahan bagi mencuri mata.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.