Annuar Musa ragu laporan pemaju, mahu peniaga Bumiputera diutamakan

KUALA LUMPUR-Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan rumah dan lot kedai termasuk di pasaraya yang dikhaskan untuk Bumiputera tidak boleh dibuka kepada pihak lain.

Menurutnya, beliau akan meneliti laporan lanjut yang kononnya tempat disediakan kepada Bumiputera itu tidak mendapat sokongan.

“Saya diberitahu kononnya rumah dan lot kedai(termasuk di Shopping mall) yang di khaskan untuk Bumiputera tak habis kerana tiada pemohon.

“Betulkah laporan ini? Saya terima permohonan PEMAJU yang mahu lot Bumiputera di buka kepada non bumi. Saya ragu,”katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Annuar berkata, pada hari ini beliau akan turun padang untuk meninjau sendiri di shopping mall tertentu.

“Saya mau peniaga bumiputera tampil dan berniaga di shopping mall dan lain-lain. Yang berminat sila hubungi kementerian,”katanya.

Terdahulu, Annuar meninjau lot yang disediakan kepada peniaga Bumiputera di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.