Pemuda Thai sokong Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR- Kelantangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan isu-isu umat Islam sedunia menjadikan tokoh pemimpin itu semakin dikagumi masyarakat antarabangsa.

Di Thailand khususnya, anak-anak muda negara itu menyatakan sokongan padu kepada Dr Mahathir berhubung kesediaan Malaysia membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan.

Dr Mahathir mengumumkan kesediaan Malaysia membantu Palesti kepada para pemimpin dan wakil dari 120 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak NAM ke-18, Jumaat lalu.

Tinjauan Rentas7.com di media sosial mendapati majoriti pemuda Thailand menyifatkan Dr Mahathir pemimpin terbaik umat Islam.

Salah satunya dinyatakan dalam Kumpulan Belajar Islam.

“Dr.Mahathir bin Muhammad PM Malaysia
#kami percaya bahawa beliau adalah pemimpin yang terbaik,”katanya kenyataan itu sambil menyertakan potongan ayat al-Quran Surah Al-Nahl ayat 97 berserta maksud.

Sokongan terbuka pemuda Thai kepada Dr Malaysia

Posting itu menerima ribuan “like”, “share” dan komen yang majoritinya golongan muda.

Sebelum itu, Dr Mahathir dengan berani menegur India berhubung isu penindasan umat Islam Kashmir dan Jammu pada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-74 di New York pada 28 September lalu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.