ALOE SETAR-Kelibat Zakaria Man, bekas banduan tempatan paling lama meringkuk di penjara sebelum dibebaskan melalui pengampunan Sultan Kedah (Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) pada tahun 2016, mencuri tumpuan lensa pada Malam Kemuncak Sambutan 75 Tahun PAS Kedah, pada semalam.
Zakaria, ( dalam bulatan) yang kini aktif mendalami ilmu agama di pondok serta mengusahakan khidmat urutan tradisional di kediamannya, hadir dengan mengenakan baju Jentera PAS Baling berwarna hijau putih.
Dalam kalangan penyokong Perikatan Nasional (PN), figura beliau sememangnya tidak asing lagi. Video kemunculannya membantu kempen PAS-PN ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pernah tular dan mencetuskan fenomena tersendiri.
Selain itu, beliau juga pernah meraih perhatian ramai menerusi saluran YouTube Kembara Bumi Ilahi beberapa tahun lalu dalam misi bertemu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Rakaman tersebut menyentuh hati penonton apabila Muhammad Sanusi tetap meluangkan masa menyantuni Zakaria meskipun terikat dengan jadual yang padat.
RENTAS7








Leave a Reply