KUALA LUMPUR -Rakyat Malaysia terus meminta kepastian mengenai ke mana semua warga asing yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit sah dihantar selepas ditangkap.
Menerusi perkongsian Shah Jayden di Facebook, beliau mempersoalkan ke mana warga asing tanpa dokumen sah dibawa selepas ditahan pihak penguat kuasa berikutan tiada gambar atau bukti yang menunjukkan mereka dihantar pulang ke negara asal.
“Banyak di media hanya memaparkan penangkapan warga asing yang tiada visa diangkut masuk ke dalam lori Jabatan Imigresen. Tapi lepas itu, ke mana mereka pergi selepas ditangkap?
“Berita senyap. Jabatan Imigresen pun senyap. Kami nak tengok video mereka dihantar pulang. Naik kapal ke, kapal terbang ke, lori RoRo ke, apa-apa sahaja. Mana? Mana?” katanya.
Persoalan yang ditimbulkan pengguna Facebook berkenaan mempunyai asas pada pandangannya kerana sehingga kini tiada sebarang bukti yang menunjukkan semua etnik yang ditahan dihantar pulang sebagaimana ketegasan yang dilakukan oleh negara jiran, Thailand.
Selain etnik Rohingya, Malaysia berdepan kemasukan haram pendatang dari China, India, Nepal serta pendatang haram Israel yang bertapak di selatan tanah air .
Pencabulan terhadap kedaulatan tanah air kini ditahap membimbangkan sekiranya pendatang haram terus dibiarkan tanpa pengusiran sekaligus meletakkan rakyat negara ini berhadapan seperti apa yang berlaku di Gaza.
RENTAS7/ FOTO: JIM








Leave a Reply