23 negara sekat penerbangan dari UK

KUALA LUMPUR– Sebanyak 23 buah negara mula menyekat penerbangan dari United Kingdom ekoran penemuan mutasi baru COVID-19 di negara itu.

Mutasi baru itu dilaporkan lebih cepat menular berbanding penularan wabak COVID-19 menurut Kompas.

Memetik AFP, antara 23 negara yang menghentikan penerbangan dari Britain ialah Perancis, Jerman, Itali, Sweden, Austria, dan Finland, Latvia, Etonia dan Estonia.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Najib Razak dalam kenyataan menuntut kerajaan bertindak segera bagi memastikan virus tersebut tidak menular di negara ini.

“Biarpun hari Krismas akan tiba tak lama lagi, United Kingdom baru tadi umum mereka telah mengarahkan lockdown paling ketat berkuat kuasa serta-merta ke atas London serta daerah-daerah bersebelahan,” katanya.

Beliau berkata, United Kingdom terpaksa laksanakan demikian setelah mutasi baru virus COVID-19 diberi nama “VUI-202012/01” dikesan di negara itu.

Menurutnya, virus sedang merebak dengan kadar 70% lebih laju di daerah-daerah tersebut.

“Hatta, saya harap kerajaan PN akan pertimbang untuk naikkan semula tempoh kuarantin wajib dari 10 hari kepada tempoh asal 14 hari bagi pelawat dari UK dan negara-negara Eropah,” katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.