SEPANG, 18 Julai 2025 – Seramai tujuh orang warganegara Afghanistan telah ditahan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Terminal 1, di sini, dalam dua kumpulan berasingan Kumpulan pertama tiba di negara pada pagi Ahad lepas manakala kumpulan kedua tiba pada malam Selasa. AKPS dalam kenyataan memaklumkan, bertindak atas maklumat, pihak AKPS KLIA ...

  Laporan: Bostaman Musa KUPANG- Usaha menghidupkan peranan masjid sebagai pusat pembinaan masyarakat menyeluruh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang Kedah Darul Aman, Brigedier Jeneral (Bersara) YB Dato' Haji Najmi Hj Ahmad, mencipta sejarah apabila memperkenalkan Liga Futsal Belia-Belia Masjid DUN Kupang. Inisiatif julung kali diadakan di negeri ini dan mungkin yang pertama seumpamanya di Malaysia, bahkan dunia. Liga tersebut ...

KUALA LUMPUR,  – Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang merobohkan struktur premis perniagaan milik peniaga Melayu di Taman Desa Pandan, dan menyifatkannya sebagai satu bentuk kezaliman terhadap rakyat sendiri. Pengerusinya, Dato’ Mustaffa Idrus menyuarakan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan itu yang menurut beliau langsung tidak mencerminkan keprihatinan terhadap nasib peniaga ...

BALING– Suasana kampung Seberang Baling hari ini meriah dengan penganjuran program memasak bubur Asyura sempena sambutan 10 Muharam 1447H yang diadakan secara gotong-royong bersama penduduk. Program ini menghimpunkan warga penduduk termasuk penyertaan istimewa dari anggota Balai Bomba dan Penyelamat Baling yang turun padang menyantuni masyarakat. Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi JPKK Kg Seberang Baling, Dato’ Halim bin Harun serta ...

  Laporan: Ilyas Salleh KUALA KETIL– Sempena sambutan 10 Muharam 1447H, Surau Al-Barakah Tembak B menjadi lokasi pengisian rohani dan kebersamaan apabila seramai 30 Muslimat PAS cawangan Tembak B bergotong-royong menjayakan program memasak bubur Asyura pagi tadi. Program tahunan ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah memperkukuh ukhuwah dalam kalangan ahli jemaah dan penduduk setempat. Seusai mengacau bubur Asyura secara ...

PATANI-Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah dalam serang hendap di sebuah Balai Polis Chanek, mukim Chanek Wilayah Narathiwat pada 28 Mei lalu. Kejadian berlaku pada jam 8.39 pagi waktu tempatan. Tembakan raifal yang dilepaskan dari lokasi tersembunyi menembusi cermin tingkap balai dan mengenai mangsa. Mangsa maut dikenali sebagai Mejar Abdullah Mad Qosim berusia 30 tahun manakala mangsa parah ...

PATANI-Tentera Thailand menuduh gerakan pejuang yang aktif di wilayah selatan sebagai pihak bertanggungjawab melancarkan serangan kepada anggota mereka. Lima anggota tentera termasuk anggota renjer Thailand diserang hendap di di kawasan Tok Titir Daerah Jaring Wilayah Patani pada siang tadi. ( 13 Mei 2025) Bom dipasang meletup dan mengenai kenderaan tersebut menyebabkan dua daripada lima anggota terbabit parah. Pintu lori dan ...

KUALA LUMPUR– Krisis kemanusian, penindasan dan penjajahan rejim Yahudi Zionis di Gaza melarat kepada tahap kebuluran makanan paling meruncing. Media antarabangsa melaporkan serangan rejim sejak Oktober 2023 hingga kini telah mengorbankan lebih 51,000 nyawa tidak berdosa. Hujan peluru roket tanpa henti dan hentaman-hentaman peluru dari muncung senjata dan kereta kebal musuh meragut setiap bernyawa, menghancur leburkan rumah dan bangunan termasuk ...

  Laporan: Isman Patani PATANI- Solat Jumaat seorang guru agama menjadi solat terakhir apabila mangsa syahid akibat dibedil ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa, Ustaz Abdul Ghani Abdul Majid berusia 60 tahun yang berasal dari Wilayah Reman Wilayah Yala ditembak ketika menunggang motosikal pada 18 April lalu. Kejadian jam 1.18 petang itu berlaku di Mukim Pasir Mas Sungai Golok ...

ALOR SETAR- Tiada alasan kukuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membenarkan pendaratan helikopter di sebuah sekolah di Kupang bagi membawa ulama dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) sangat mengecewakan. Rasa kesal itu dilahirkan Adun Kupang, Yb Dato' Hj Najmi Hj Ahmad selaku penganjur bersama Ceramah Perdana UAS di Masjid Ehsaniah Kupang pada 22 Disember lalu. "Saya amat kecewa dengan ...