SUBANG-Timbalan Menteri Pertahanan, YB Haji Adly Zahari telah menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Keempat Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, semalam. Kumpulan keempat kontinjen MALBATT 850-12 diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus bin Shah Budin dengan kekuatan seramai 209 anggota, terdiri daripada 7 pegawai dan 202 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Kontinjen MALBATT ...
KUALA LUMPUR–– Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensi Balai Seni Negara merasmikan Pameran Sunyi dan Simposium Bakat Muda Sezaman 2024 di Hospital Lama Kuah, Langkawi, Kedah kelmarin. Pameran dan simposium ini merupakan sebahagian daripada program sokongan di bawah Program Residensi Bakat Muda Sezaman 2024, yang bertujuan untuk memberi ruang kepada perkembangan serta pendedahan lebih mendalam kepada bakat muda ...
YANTAI, China, 18 Nov (Bernama) -- Pada Pelancaran Persidangan bagi Inisiatif Kerjasama Pulau Sifar Karbon Antarabangsa yang diadakan semasa UNFCCC COP29 pada 13 November di Bandar Raya Yantai di Wilayah Shandong telah mengeluarkan Inisiatif Kerjasama Pulau Sifar Karbon Antarabangsa bersama-sama dengan 32 bandar raya pulau, organisasi antarabangsa, institusi penyelidikan, perusahaan, dan entiti pengasas yang lain di dalam dan luar negara. ...
JAKARTA-Industri nanas Malaysia terus mencatatkan kejayaan cemerlang di pentas antarabangsa apabila syarikat tempatan, Ananas Premium, berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai USD1.5 juta di pameran antarabangsa Salon International de l’Alimentation (SIAL-InterFOOD) Indonesia 2024 pada Jumaat lalu. MoU tersebut dimeterai bersama dua syarikat berpangkalan di Indonesia untuk pengeksportan jus nanas dan nanas premium jenis MD2 ke pasaran tempatan dan serantau. Majlis ...
Laporan : Salihudin Patani PATANI-Sebuah lori logistik dinaiki pasukan polis Thailand menjadi sasaran letupan bom oleh kumpulan pejuang pembebasan Patani dalam kejadian semalam. Insiden yang berlaku di sebuah jalan raya di Kampung Tanjung daerah Yaring jam 2.40 petang waktu tempatan, mengakibatkan lima anggota berpangkat mengalami kecederaan. Anggota polis peronda sempadan 446 itu dikenali sebagai Leftenan Pricha Khunnan, Lefetenan Vinai ...
KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2024 – Cropmate Berhad (“Cropmate” atau “Syarikat”), pemain utama dalam industri pembuatan baja konvensional dan khusus di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran prospektusnya untuk tawaran awam permulaan yang akan datang ( “IPO”) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). IPO itu menyasarkan untuk mengumpul RM42 juta melalui terbitan 210 juta saham baharu pada harga ...
SELANGOR - Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama Hospital ReGen Rehab telah berjaya menganjurkan "Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)" di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sabak Bernam, Selangor, semalam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas dalam memupuk semangat komuniti melalui pelbagai aktiviti yang memberi impak serta legasi terhadap warga emas serta komuniti setempat. Program ...
PATANI-Kumpulan pejuang tidak gembira dengan kebocoran maklumat yang didedahkan oleh seorang vateran wartawan Patani dalam siaran langsung di saluran media sosial miliknya. Menurut pemimpin kumpulan enggan dikenali, vateran berkenaan mendedahkan kepada umum tentang mesyuarat khas melibatkan semua kumpulan pejuang Patani di sebuah lokasi. Menurutnya, pertemuan yang bakal menentukan beberapa misi dan visi melibatkan masa depan Patani itu sepatutnya berlaku pada ...
GERIK-Insiden roadkill melibatkan seekor Harimau Malaya betina di Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Perak pada 9 November 2024 merupakan satu tragedi kepada usaha pemeliharaan hidupan liar. Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Nik Azmi Nik Ahmad berkata, kejadian roadkill telah menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini di mana pada tahun 2023 dan 2024 sahaja, sebanyak enam ekor Harimau Malaya telah menjadi mangsa ...
PUTRAJAYA, 12 November 2024 – Pada hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melancarkan Pusat Panggilan Setempat SSPA yang boleh dihubungi melalui talian 03-8885 3380. Saluran tambahan ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat (kecuali Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am) pada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, bagi membantu Pegawai Awam mendapatkan penjelasan berkaitan sebarang persoalan atau kekeliruan mengenai Sistem ...













