KULIM-Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Pembinaan Satu Blok Sekolah serta Menaik Taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kedah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada semalam. Majlis itu diadakan bagi membolehkan pengoperasian semula PUSPEN Karangan yang ditutup sementara sejak 1 Disember 2022 membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta. PUSPEN Karangan kini mempunyai fasiliti yang terbaik ...

KUALA LUMPUR– Shenzhen menonjol daripada 429 bandar raya calon dari 64 negara dan wilayah untuk memenangi Anugerah Bandar Pintar Dunia di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2024 yang diadakan di Barcelona, Sepanyol pada 6 November lalu. Kejayaan ini menunjukkan kekuatan dan potensi luar biasa China dalam membina bandar pintar. Membawa tema "membina penanda aras bandar pintar baharu, menjadikan bandar ...

KUALA LUMPUR–- Enam lelaki warga Filipina yang cuba menceroboh Sabah ditahan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna di sekitar Pulau Sibangkat, Sabah kelmarin. Pasukan Polis Marin W4 Sabah berkata, bertindak atas maklumat, bot ronda Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna melakukan rondaan pada jam 7.30 pagi pada 6 November lalu. Menurutnya, bot laju berwarna kuning dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum ...

Jelebu - Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerusi Muzium Adat dengan kerjasama WCO Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan Pameran Citra Malaysia dalam Seni Miniatur yang secara rasmi dibuka kepada orang ramai bermula pada 7 November sehingga 31 Disember 2024 bertempat di Ruang Seminar, Aras 4, Muzium Adat. Majlis perasmian pameran ini telah dirasmikan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO ...

PUTRAJAYA, 7 November – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi( KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM100 juta melalui penyertaan Malaysia dalam Pameran Antarabangsa BIBAN24 di Riyadh, Arab Saudi yang berlangsung pada 5 hingga 9 November 2024. YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengetuai delegasi ke Pameran Antarabangsa BIBAN24 berkata, ini adalah cerminan komitmen KUSKOP untuk memperkukuh kerjasama ...

KUALA LUMPUR, 7 November 2024-Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, telah menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 (67th Commonwealth Parliamentary Conference) yang berlangsung di Sydney, Australia. Persidangan yang bermula pada 3 hingga 8 November 2024 ini telah dirasmikan oleh Her Excellency the Honourable Margaret Beazley AC KC, Gabenor New South Wales, yang juga merupakan Naib ...

IPOH, (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Perak (MKP) menampilkan naskhah Seniman Negara Ke-5 iaitu YBhg.Dato' Syed Alwi Bin Syed Hasan sebagai "Karya Agung : ‘Alang Rentak Seribu’ dipentaskan di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak pada 8 dan 9 November 2024 (Jumaat & Sabtu) ...

ALOR SETAR-Lima buah keluarga mangsa banjir kilat Kampung Tembak B Dun Kuala Ketil diziarahi Muslimat Dun Kuala Ketil pada kelmarin. Lawatan itu bertujuan menyelami keadaan mangsa banjir dan meringankan bebanan mereka dengan sumbangan berbentuk periuk nasi, dapur gas, dan kain selimut . Hadir sama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Tembak B, En. Elyas Salleh. Sementara itu, Adun Kuala Ketil, ...

PATANI-Seorang Pegawai Polis Thailand cedera diserang kumpulan tidak dikenali di Binjai Lima Yarang Patani semalam. Mangsa Leftenan Kolonel Abdul Hadi Yuran,52, ditembak di lokasi manakala kumpulan terbabit dapat melarikan diri. Pegawai polis berkenaan bagaimanapun bernasib baik apabila sempat menerima bantuan sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Polis Thailand memaklumkan sedang menyiasat punca kejadian dan kumpulan terlibat. RENTAS7 ...

KUALA LUMPUR- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) menganjurkan program Bicara Tokoh Seni Budaya Siri II bertajuk "Transformasi Seni Digital" bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. Program ini merupakan sebuah program bicarawara mengenai kejayaan, pengalaman,perkongsian ilmu dan kepakaran ikon/ pemain industri dalam bidang seni persembahan. ...