RM107 pemeteraian perjanjian ditandatangi MOSTI

PUTRAJAYA – Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2021 yang mengiktiraf pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan, di samping mempromosikan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk manfaat Keluarga Malaysia telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, baru-baru ini.

Sebanyak enam (6) Memorandum Persetujuan (MoA) dan tujuh (7)
Memorandum Persefahaman (MoU) dari 22 organisasi kerajaan dan
swasta dengan nilai RM107 juta telah berjaya dimeterai pada
MCY Summit 2021, di samping penyampaian Anugerah MCY 2021.

Menurut MOSTI, kerjasama itu melibatkan produk, teknologi serta perkhidmatan dari bidang bioteknologi/agrikultur, sains perubatan dan kesihatan, teknologi industri/kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
robotik.

Organisasi-organisasi yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Haji Md Nor bin
Haji Abd. Rahman (M) Sdn. Bhd.

ii. Sekretariat Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) dan
Construction Research Institute of Malaysia (CREAM).

iii. One Team Networks Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Terengganu
(UMT).

iv. Skyscraper Airhydro Industries Sdn. Bhd. dan Talam Transform
Berhad.

v. Airestec Innovations Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Pahang
(UMP).

vi. YJack Technology Sdn. Bhd. dan Nazbel Engineering & Technology
Ltd., Bangladesh.

vii. Tech Capital Resources Sdn. Bhd. dan IoT Sata Sdn. Bhd.

viii. Tech Capital Resources Sdn. Bhd. dan Vepro Group Sdn. Bhd.;
ix. Pandai Education Sdn. Bhd. dan EduCity Iskandar.

x. Pandai Education Sdn. Bhd. dan Global School Leaders (GSL).

xi. Revoganix Sdn. Bhd. dan Nelson’s Franchise (M) Sdn. Bhd.

xii. Revoganix Sdn. Bhd. dan Nets Eco Venture Sdn. Bhd.

xiii. Revoganix Sdn. Bhd. dan Nova New Energy.

Kata kementerian itu lagi,
program Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang dilaksanakan
sejak tahun 2016 hingga 2021 telah berjaya membantu
mengkomersialkan 434 produk, teknologi dan perkhidmatan ke pasaran
tempatan serta antarabangsa dengan nilai jualan melebihi RM476 juta.

Tambah MOSTI, pemeteraian MoA dan MoU dalam MCY Summit 2021 turut membuktikan ekosistem pengkomersialan hasil R&D kekal relevan dan pembangunan
industri R&D tempatan yang mampan dan berdaya saing seiring dengan
keperluan teknologi dan aspirasi Malaysia ke arah high-tech nation
menjelang 2030.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.