“Tun Mahathir perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia”

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Tun Dr Mahathir Mohamad digesa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak bertindak wajar menangani COVID-19 sewaktu memimpin negara.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu bertanggungjawab di atas penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“Tun Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu dipersalahkan. Ketika penularan awal wabak COVID-19 dari China mereka seoalah-olah mengambil sikap acuh tidak acuh.

“PAMM mendesak Tun Dr Mahathir segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Jika PH cepat bertindak, keadaan akan lebih terkawal,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara kegagalan PH ialah menyekat dari awal pelancong China pada awal Januari.

Katanya, PH hanya mula menyekat pelancong China pada 27 Januari, tindakan yang dianggap sebagai “lembab”.

“Malah, pada 7 Februari lepas, Singapura telah meningkatkan tahap Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) dari tahap kuning ke jingga bagi membendung koranivirus.

“Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula ketika itu mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran kerana keadaan terkawal,”katanya.

Tambah, sewajarnya Malaysia bertindak pantas membendung penularan wabak namun tindakan itu tidak berlaku.

Mustafa berkata, sekiranya negara masih lagi dipimpin PH, PAMM percaya keadaan di negara ini tidak mampu dikawal seperti sekarang.

Malaysia merekod kes tertinggi dijangkiti wabak COVID-19 di Asia Tenggara dengan sebanyak 3116 kes.

Kematian akibat wabak COVID-19 pula telah mencecah sehingga 50 kes.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.