Ingat mati, pesan pendakwah kepada Tun Mahathir dan Anwar

KUALA LUMPUR-Sikap tamak Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berebut kuasa ditegur pendakwah.

Menerusi kenyataan di Facebook, Ustaz Dusuki Abd Rani mengingatkan kedua pemimpin itu tentang kematian.

Kata pendakwah bebas itu, amat menghairankan apabila kedua-dua pemimpin itu berebut untuk sesuatu yang tidak layak dimiliki bahkan tidak mempunyai majoriti sokongan.

Ustaz Dusuki Abd Rani

“Jika sudah cukup mengapa tidak mengadap Agong? lalu cuba mendapat sokongan dari sekutu-kutu.. berkelahi para sekutu..hanya semata mata untuk memenuhi tembolok ketamakan kuasa!,”katanya dalam Facebook.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu telah pun diberikan ruang memimpin negara namun hanya mengundang masalah kepada ummah.

“Lagi pun Tun dan Dato’ Sri ini pernah pun di beri kuasa sebelum ini, namun apa yang telah mereka berdua lakukan kepada ummah ini?

“22 bulan yang menyukarkan dan memeritkan untuk di jadikan pengajaran kepada generasi yang mendatang…cukuplah!!! di hadapan kita semua kamatian!! bersiaplah,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.