Tentera tahan guru dalam kawasan sekolah

YALA– Seorang guru tempatan ditahan dalam kawasan sekolah oleh pasukan tentera semalam.

Memetik laporan media tempatan, mangsa mengajar di sebuah sekolah Melayu dalam Mukim Charu Dearah Muang.

Penangkapan Dalukdi Beto (gambar) dalam kawasan sekolah mengundang rasa tidak selamat penduduk dan warga sekolah.

Tindakan tidak wajar dibuat dalam kawasan sekolah itu melanggar hak asasi manusia.

Dalukdi Beto merupakan bekas pelajar universiti tempatan di Patani.

Penangkapan guru dalam kawasan sekolah oleh tentera bukanlah kejadian kali pertama di selatan Thailand.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.