Tangkapan ular tertinggi setakat ini

SIK – Sebanyak 31 ekor ular berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Daerah Sik pada Jun lepas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik, Lt(PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, ia jumlah tangkapan tertinggi setakat ini dengan jumlah purata sehari seekor ular

Sementara itu, sepanjang April hingga Jun pula, empst kes bencana melibatkan ribut direkodkan.

“Dijangka menjelang Ogos hingga Oktober berlaku hujan lebat kerana tempoh peralihan monsun seperti tahun 2019 di mana Daerah Sik terkena tempias Ribut Lekima dan juga berlaku banjir kilat beberapa kali,” katanya.

Anggota APM Sik menunjukkan ular yang ditangkap

Beliau berkata, APM Sik selaku sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan keadaan cuaca sekarang.

“Orang awam dinasihatkan berhati-hati dan berjaga-jaga,” katanya.

Sebarang kes kecemasan boleh segera hubungi talian APM Sik di 04 469 8221.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.