Warga emas parah, kereta bertembung

Salah sebuah kereta yang terlibat kemalangan siang tadi

CHANGLUN– Seorang warga emas parah akibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Padang Halban di sini hari ini.

Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.00 pagi.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, pihak bomba mendapati seorang lelaki berusia 64 tahun parah di bahagian badan akibat tersepit.

Keadaan kereta Perodua Kancil selepas terlibat kemalangan

“Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Perodua Kancil dan Proton Saga.

“Salah seorang mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pihak bomba selepas 10 minit sampai di lokasi,”katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Jitra dengan menaiki Ambulan hospital dan operasi tamat pada jam 10:04 pagi.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.