PATANI– Kawasan bendang garam seluas kira-kira satu hektar di Kampung Bana di sini terkenal dengan pengusahaan garam kasar.
Terletak hanya beberapa kilometer dari pekan Patani, bendang garam menjadi sumber rezeki penduduk sekitar hampir seabad lalu malah menjadi antara produk kebanggaan Patani.
Pengusaha garam, Omar Mahmud,71, berkata, perusahaan di kawasan itu merupakan sumber garam utama bagi wilayah selatan Thailand.
Menurutnya, kawasan itu menjadi saingan utama bagi satu lagi kawasan perusahaan garam yang terletak di bahagian utara Thailand.
“Di Thailand hanya terdapat dua kawasan perusahaan garam iaitu Bangkok dan Wilayah Patani.
“Bangkok menghasilkan garam halus dan Patani hasilkan garam kasar. Tetapi ramai yang suka garam Patani kerana kurang masinnya “katanya.
Tambahnya, lebih 30 orang mengusahakan garam di kawasan berkenaan.
Kaedah memproses garam
Omar yang sudah 30 tahun mengusahakan garam berkata, penghasilan garam hanya dapat dibuat pada musim kemarau terutamanya awal tahun.
Ini kerana katanya, penghasilan memerlukan cuaca yang panas bagi membantu proses pembekuan air laut yang diisi dalam setiap petak garam.
“Garam hanya boleh dihasilkan musim kemarau. Jika hujan garam tak akan jadi.
“Kebiasaannya orang kampung akan mengusahakan garam sekitar bulan Mac hingga Mei sebab cuacanya panas elok,”katanya.
Tambah Omar, penghasilan garam mempunyai beberapa kaedah yang perlu dibuat secara sabar dan cermat.
Menurutnya, air laut dalam setiap petak kebiasaannya mengambil masa selama enam hari untuk membeku.Menurut Omar, proses garam menggunakan kaedah semula jadi
Katanya, adakalanya ia mengambil masa lebih seminggu kerana bergantung kepada tahap kemasinan air laut.
“Jika lebih masin air laut, prosesnya membeku lebih lambat,”katanya yang mewarisi bakat menghasilkan garam daripada keluarga.
 Pecah garam dan kikis
Setelah air laut dalam petak sawah membeku, hasilnya sudah boleh diambil tetapi perlu melalui dua kaedah.
Omar berkata, pertama pengusaha atau pekerja perlu menghancurkan garam melalui alat tradisional.
“Kaedah ini dipanggil pecah garam. Ia perlu dibuat secara berhati supaya garam yang telah dihancurkan bercampur selut.
“Langkah seterusnya ialah dengan mengikis. Garam-garam hancur akan dikikis perlahan-lahan ke tepi petak sebelum dikumpulkan di tempat lain,”katanya.
Katanya, garam berkenaan tidak lagi perlu melalui proses lain, sebaliknya boleh terus dijual.
“Segantang dijual 20 Baht ( RM2.00). Ada juga yang datang membeli bunga garam kerana ia boleh diproses untuk dibuat jeruk dan produk kecantikan,”katanya.
Garam di sini dijual 20 Baht segantang
Leave a Reply