Parkir tenggelam, bot pun boleh lalu

Sebuah kereta dibawa keluar menggunakan lori tunda

GRIK-Hujan lebat berpanjangan menyebabkan air Tasik Royal Belum di sini melimpah dan menenggelamkan bahagian parkir di tempat bawah.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Czam Cik Zam, kejadian itu berlaku pada hari ini.

Beberapa buah kenderaan milik pemancing yang diparkir beberapa hari di kawasan berkenaan ditenggelami air sehingga ke paras pintu.

Gambar yang menjadi tular itu juga menunjukkan ada kenderaan yang terpaksa dibawa keluar dari kawasan itu menggunakan lori tunda.

Gambar menunjukkan beberapa buah bot melalui kawasan parkir kereta dan diletakkan berhampiran laluan tangga

Paras air yang melimpah membolehkan bot melalui kawasan parkir berkenaan.

Royal Belum menjadi antara destinasi kegemaran kaki pancing serta dari seluruh negara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.