Gara-gara salah Bahasa Arab, suami dipukul

KUALA LUMPUR- Gara-gara tersalah menggunakan perkataan yang hampir sama namun membawa erti berbeza, sorang lelaki Arab lebam dimuka akibat dibelasah isteri.

Menerusi posting Facebook “kisah kelakar” oleh Pengarah Akademi Bahasa Arab Hud-Hud, Ustaz Rusdi Alias, lelaki berkenaan sebenarnya ingin menulis “isteriku yang menawan”

Namun katanya, perkataan Bahasa Arab digunakan lelaki berkenaan membawa erti “isteriku keempat”.

“Alkisah lelaki ini telah menghantar mesej kepada isterinya : “Aku mencintaimu wahai isteriku yang keempat” (الرابعة)

“Sebenarnya dia mahu menulis : “isteriku yang menawan” (الرائعة) ,”tulisnya di Facebook.

Posting di Facebook beliau

Justeru beliau berkata, amat penting untuk kita menjaga huruf dalam Bahasa Arab.

“Begitulah pentingnya kita perlu menjaga setiap huruf dalam Bahasa Arab supaya ia tidak menukar makna .

“Lebih-lebih lagi pada ayat Al Quran,”sambungnya.

Sama ada benar situasi itu terjadi atau tidak, perkongsian Ustaz Rusdi Alias sememangnya sangat berguna.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.