15 cedera ringan, helikopter terhempas

KUALA LUMPUR –11 anggota Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) serta 4 anak kapal cedera ringan selepas helikopter TUDM melakukan pendaratan cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah lebih kurang jam 3.00 petang, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang berpangkalan di
Pangkalan Udara Butterworth itu sedang melaksanakan penerbangan yang membawa 4 anak kapal dan 11 anggota ATM untuk misi ulang bekal.

“Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mereka telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di
kem tersebut,”kata TUDM hari ini.

Kenyataan berkata, TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan
akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.