Senarai Kabinet diumum petang ini

KUALA LUMPUR– Senarai Jemaah Menteri baru kerajaan dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Tan Sri Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada hari ini untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri jam 11 pagi.

“Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri akan mengumumkan senarai barisan Jemaah Menteri pada hari ini jam 5 petang bertempat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya,”katanya

Tan Sri Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu di Istana Negara selepas menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan perkenan YDPA.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.