Mighty Knight Bayu, filem anime pertama anak Malaysia

KUALA LUMPUR– Buat kali pertama, karekter superhero anime versi Malaysia bakal diterbitkan di negara ini oleh sebuah syarikat produksi Bumiputera.

Filem yang mirip seperti watak hero Jepun Kamen Rider itu dihasilkan oleh syarikat Wiroes Studio menggunakan nama Mighty Knight Bayu.

Sebagai usaha pertama, Mighty Knight Bayu akan ditayangkan di saluran YouTube bermula April ini.

“Assalamualaikum, hi sahabat BMF (Buy Muslim First) semua. Saya Zaid dari Wiroes Studio, syarikat saya adalah studio produksi kecil yang sedang membangunkan IP karakter tokusatsu ala kamen rider, ultraman versi Malaysia yang bernama Mighty Knight Bayu.

Watak anime Mighty Knight Bayu yang bakal menemui rakyat Malaysia

“Saya memerlukan sokongan sahabat semua untuk menaikkan jenama IP kami. Sahabat semua boleh subscribe dan tonton video kami,”kata individu itu di Facebook.

Katanya, pihak syarikat juga dalam usaha membawa Mighty Knight Bayu ke dalam siaran televisyen.

“Sementara tu boleh layan video teaser trailer dulu. Sokongan anda amatlah dihargai,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.