MESTECC buka tawaran dana Program Malaysia Social Innovation (MySI) 2020

(MESTECC) melalui JAS telah memasang sebanyak 25 buah stesen Photo Ionization Detector (PID) di sekitar bandar ini serta menempatkan dua unit makmal bergerak

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) membuka tawaran dana Program Malaysia Social Innovation (MySI) 2020 bermula dari 20 Februari 2020 sehingga 20 Mac 2020.

Tawaran dana ini terbuka kepada semua Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun, Universiti Awam, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Berhad dengan Jaminan (CLG).

Dana ini sebelumnya dikenali sebagai Program MOSTI Social Innovation (MSI) sejak 2016 dan dijenamakan semula kepada Malaysia Social Innovation (MySI) pada tahun 2019.

Dana dan program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.

Sehingga akhir 2019, sebanyak 133 projek telah dibiayai dengan lebih kurang 47,400 penerima manfaat sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Secara terperinci, pada tahun 2020, terdapat lima (5) bidang keutamaan bagi
pelaksanaan projek MySI iaitu Ekonomi (Pertanian, Perikanan dan Penternakan),
Teknologi Hijau, Mesra Alam, Kesihatan dan Keselamatan.

Permohonan pada tahun ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi sistem e-MySI yang boleh dicapai melalui alamat:

http://www.mestecc.gov.my/emysi.

Makumat lanjut berkaitan dengan Progam MySI 2020 juga boleh diperolehi menerusi alamat yang sama.

Timbalan MESTECC Isnaraissah Munirah Majilis berkata, program MySI merupakan salah satu cabang inovasi yang boleh memberi kesan secara langsung dan dirasai oleh rakyat terutamanya golongan B40.

“Selain itu, program ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat dalam meningkatkan keupayaan individu dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan menerusi aplikasi teknologi tempatan.

“Saya ingin menyeru kepada pemilik-pemilik teknologi tempatan untuk menggunakan peluang ini dalam menterjemahkan inovasi masing-masing kepada peningkatan pendapatan, produktiviti dan kesejahteraan komuniti.

“Seterusnya sama-sama memberi sumbangan dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama, seterusnya Sustainable Development Goals (SDGs),”katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Townhall Bagi Penawaran Dana Di Bawah Program MySI Tahun 2020 yang berlangsung di pejabat MIGHT Cyberjaya, kelmarin.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.