Sembilan warga Myanmar langgar SOP ditangkap

Semua lelaki Myanmar itu telah ditangkap kerana melanggar SOP malam ini

KOTA TINGGI-Padah langgar arahan dan prosedur operasi standard (SOP) am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sembilan warga Myanmar ditangkap polis malam ini.

Polis Daerah Kota Tinggi dalam kenyataan berkata, pihak Task Force Covid-19 IPD Kota Tinggi telah mengesan aktiviti mencurigakan di sebuah premis di sebuah taman di dalam daerah ini ketika melakukan rondaan.

“Hasil pemantauan yang telah dilakukan oleh pihak Task Force Covid -19 IPD Kota Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat beberapa orang pelanggan keluar masuk ke dalam premis tersebut melalui pintu hadapan dan juga pintu belakang.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat aktiviti perniagaan menjual makanan dan juga terdapat pelanggan yang sedang makan didalam kedai tersebut,”kata kenyataan malam ini.

Kenyataan berkata, semua warga Myanmar itu ditahan dibawah kesalahan Per.10(1) PPPDPPB 2021 kerana berkumpul tanpa alasan munasabah.

“Tangkapan telah dibuat dibawah Sek.269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan berbahaya dan dengan cuai merebakkan penyakit berbahaya.

“Premis tersebut juga telah ditutup dibawah Sek.18(1)(f) Akta 342 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kerana melanggar PKP,”katanya.

Rentas7.com/ Foto: Polis  daerah Kota Tinggi

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.