Misteri kereta pikap bawa kepada penemuan..

Kesemua Pati ditahan pasukan keselamatan dalam operasi semalam

TAWAU-Kelibat kereta Pikap dalam keadaan mencurigakan membawa kepada penangkapan lapan pendatang asing tanpa izin di sini, semalam.

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, kesemua Pati ditahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melalui Op Cegah Pati (OCP) Dataran.

Menurutnya, lapan Pati itu menaiki kenderaan pikap Jenis Toyata Hilux berwarna merah di kawasan Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas sebelum ditahan.

“Bertindak atas maklumat penyeludupan pati, sepasukan anggota keselamatan yang sedang melaksanakan tugas rondaan OCP Daratan ESSCOM yang terdiri daripada 6 anggota Batalion 14 pasukan gerakan am (PGA), 4 anggota pasukan polis Marin dan 5 anggota 6 regiment renjer diraja (RRD) yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM telah menahan sebuah kenderaan pikap berwarna merah dalam keadaan mencurigakan yang melalui Kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut mendapati terdapat seramai lapan penumpang yang terdiri daripada tiga lelaki dewasa, tiga wanita dewasa dan dua kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemerikaaan lanjut mendapati Pati berusia enam hingga 47 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Pemerdagangan dan Penyeludupan Migran (ATISOM) 2007.

“Turut dirampas sebuah kenderaan pick-up jenis Toyota hilux berwarna merah yang digunakan dalam kegiatan berkenaan,”katanya.

Ahmad Fuad berkata, masyarakat di kawasan Zon Selamat Timur Sabah ESSZone digesa memberikan kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan dan jalan-jalan tikus dilalui Pati.

Rentas7.com/ Foto: ESSCOM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.